Sunday 2 November 2008

TANAMAN SERAI
Sepintas Lalu:
Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.
Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam. Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.
Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh. Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia. Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.
Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan 'scoop'. Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting 'secateurs'. Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.
Varieti:
• Serai Makan

Serai makan ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesies serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai 'lemongrass' iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Penanaman C. flexus lebih tertumpu di kawasan Malabar, di India. Spesis C. citrates tersebar luas di kawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

• Serai Wangi


Bahan Tanaman:
Serai ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 - 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

Tanah:

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

Penanaman:

2-3 batang serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanam bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.
Pembajaan:
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang menghauskan tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang. Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas ditabur dan digaul ke dalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.
Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman di tanah mineral ialah 80-100 kg N; 40-80 kg. P2 05 dan 40-80 kg. K20. Bagi tanah gambut, kapur sebanyak 2.5 t/ha perlu juga ditabur. Sebagai panduan, jadual pembajaan yang dicadangkan untuk sehektar tanaman menggunakan baja sebatian ialah seperti berikut:-
Baja Asas - Sebatian NPK 12:12:17:2 + unsur pekit sebanyak 250 g
Baja Tambahan - Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas tanam.
Kawalan Rumpai:
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal pertumbuhan. Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.
Penuaian:
Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6-8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10-15 cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.
Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6-8 bulan. Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 dan 12 tan/ha. bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32 hingga 48 tan/ha.
Pengeluaran Minyak Pati
Keharuman dan perisa serai makan disebabkan oleh minyak pati yang terkandung didalam daunnya. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga cokelat, kemerahan dan berbau seperti limau 'lemon'. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian, kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehid. Peratusan sitral minyak pati daripada C. citratus ialah antara 65% hingga 85%.

kegunaan serai

Serai adalah pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan Asia (terutamanya masakan
Thailand, Khmer dan Vietnam) dan masakan Karibbean. Ia mempunyai perasa lemon dan boleh
dikeringkan dan dijadikan tepung atau digunakan segar.Digunakan dalam teh , sop dan masakan kari,
ia juga sesuai untuk "poultry:, ikan, dan masakan laut.
Terdapat lebih 50 spesis Cymbopogon ( Serai),serai India Timur (cymbopogon flexuosus) adalah
tempatan di India,Sri Lanka,Burma dan Thailand, sementara Serai India Barat (cymbopogon
Citratus) dipercayai berasal dari Malaysia.Sementara kedua kedua boleh digunakan, C. Citratus
lebih sesuai untuk memasak. Di India C.Citratus digunakan untuk perubatan dan wangi-wangian.
Spesis lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cynbopogon Martini(disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Symbopogon Winterianus dan Jowitt)
dari mana minyak Citronella didapati, lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak Ctronella pekat boleh
digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Poko serai wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi .Ia mengeluarkan rumpun
daun yang lebat daripada rizom yang padat dan boleh membesar sehingga 1-1.5 m tinggi.

Serai wangi atau serai makan biasanya menpunyai sistem pertumbuhan yang serupa .
Dimalaysia sekarang ramai sedang usahakan untuk menanam serai secara komersial dan banyak peluang
pekerjaan sebagai sampingan dan juaga sepenuh masa sekiranya mengikut cara yang sistematik
dan mempunyai modal serta tanah.

Apa itu Serai?

Nama Botani Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.

Nama lain Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris)
Famili Graminae

Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
Khasiat dan Kegunaan Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.

Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.

Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).