Saturday 7 March 2009

Wednesday 4 March 2009

PENGIRAAN BAJA UNTUK TANAMAN SERAI

PENGIRAAN BAJA UNTUK TANAMAN SERAI
Kali ini kita cuba budget-budget penggunaan baja untuk rancangan tanaman serai. Pengiraan ini adalah mengikut kadar kesesuaian dan performance baja kompos & foliar keluaran Alfa-G, maka tuan-tuan boleh memahami serba sedikit anggaran kasar yang dibuat dalam budgeting ini.

ANGGARAN PENGGUNAAN BAJA UNTUK SEEKAR TANAMAN SERAI

(Pelan Organik Alfa-G)

1 ekar = 43 560 kaki persegi,

jarak perdu = 3.5 kaki @ 12.25 kaki persegi. Maka

1 ekar = 43 560/12.25 = 3,556 perdu serai (maksimum)



A. BAJA KOMPOS

1 perdu serai memerlukan 300gram kompos ( anggaran 1 tin susu pekat)

3,556 perdu x 0.3gm = 1,066.8kg / ekar

B. BAJA FOLIAR / SEMBURAN

Kapasiti 1 tong penyiram = 13 liter

25ml baja foliar untuk setiap 1 liter air

Maka, 1 tong penyiram = 13 x 25ml = 325 ml foliar / tong

1 tong penyiram = 25 perdu serai

3,556/25 = 142.24 tong penyiram / ekar

142.24 tong/ ekar x 325ml baja foliar/tong

= 46 228 ml @ 46.2 liter/ekar

C. PENGGUNAAN SEMUSIM (ANGGARAN 6 BULAN):

KOMPOS - 1 TIN SUSU PEKAT/PERDU (300GRAM)

- JARAK ANTARA DUA PERDU = 3.5 KAKI PERSEGI

- 4 PERDU SERAI/ LUBANG (LUBANG BAJA DI PUSAT 4 PERDU SERAI)

- SEKALI PEMBAJAAN SEMUSIM

FOLIAR - - 2 MINGGU @ SEBULAN SEKALI SEMBURAN

-MINIMUM 2 BULAN SEKALI SEMBURAN

Lubang baja untuk kompos adalah di pusat kubik antara 4 perdu serai (penjuru kubik).

Ia menyebabkan akar dan anak serai tumbuh ke dalam kubik, ke arah baja. Jimat kos dan penggunaan baja lebih optimum.


D. LANGKAH PENYEDIAAN TANAH / RAWATAN TANAH

1. PELAU TANAH

2. KAPUR (TEMPOH: 2 MINGGU)

1 EKAR = 7 BEG KAPUR

23 EKAR = 23 X 7 = 161 BEG

1 BEG = 50KG

161 BEG X 50KG = 8050 KG

3. ROTOR

4. BAJA

5. TANAM SERAI

Kalau menggunakan baja organik ALFA-G, beginilah anggaran penggunaan baja untuk tanaman serai. Foliar tu sebaik-baiknya 2 minggu sekali dipakai.

Perancangan aku mula mengorak langkah,,setelah menghantar borang over lap di BSN,,pencarian syarikat yang menjalankan contract farming pun bermula,,macam2 syarikat yang aku usha,,Agro Farm,,dan mcm2 lagi,,yang terbaru Pak Din Serai dr kuala selangor,,nampaknya perkembangan positif,,bermula dengan modal satu ekar RM 1900,,insyallah aku akan mulakan dengan projek serai USRATUSSHOLIHEEN SND BHD ini seluas 5 ekar..kawasan yang berdekatan rumah..semoga usaha ini mendapat keredhaan Allah..demi meningkatkan taraf hidup kami sekeluarga,,,


Doakan kami...
Paleq 5/3/2009